Syed Saddiq merayu bantuan sumbangan kepada orang ramai untuk melunaskan wang ikat jamin sebanyyak RM330,000 seperti mana yang diperintahkan oleh Makamah Syesen pada khamis.
Bantuan itu juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes Ahli Parlimen Muar ini .
“ Sebagaimana yang anda tahu , saya bukan datang daripada keluarga yang senang , bukan keluarga pemimpin politik atau perniagaan yang kaya ..
“ Saya juga menggunakan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana covid-19 di Muar . Jumlah itu agak besar tapi saya menghormati makamah dan hakim . Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda .
“ Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang . Link untuk derma telah
saya kongsikan di ruangan komen . Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan .
“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tuduhan mahkamah yang dihadapinya .
Menurut Syed Saddiq , dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan .
“ Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar , pelajar daripada keluarga B40 , mangsa banjir … namun kali ini amat jarang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk membantu saya berhubung wang ikat jamin dan yuran guaman”, ujarnya lagi .
Terdahulu Syed Saddiq dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.
Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.
Dalam pada itu, TMJ memuat naik beberapa ig story mengulas apa yang sedang berlaku kepada Syed Saddiq
No comments:
Post a Comment